Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Enam parah bas ekspres terbalik akibat dipintas kereta

30 MAC: Enam penumpang sebuah bas ekspres cedera parah selepas bas yang mereka naiki terbalik di Kilometer 164 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, berhampiran susur keluar Jawi pada malam Sabtu.

Dalam kejadian jam 9.44 malam itu, lapan orang penumpang lagi serta dua pemandu bas, cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Shafien Mamat berkata, kemalangan berlaku ketika bas itu, yang dalam perjalanan dari Genting Hingland, Pahang ke Alor Star, Kedah, terbabas selepas sebuah kereta yang memotongnya di lorong sebelah memintas masuk di hadapan bas secara tiba-tiba.

Keadaan bas ekspres yang terbalik

Keadaan bas ekspres yang terbalik

“Selepas kereta itu memotong bas berkenaan, kenderaan itu masuk semula ke lorong kiri secara tiba-tiba dan pemandu bas gagal mengawalnya lalu melanggar kereta yang dipandu seorang lelaki sebelum terbabas.

“Berikutan kejadian itu, bas berkenaan terbabas hingga masuk ke dalam longkang sebelum terbalik ke kiri jalan, dan nasib baik ia tidak mengenai kereta yang memotong bas berkenaan.

“Pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Menurut Shafien, enam penumpang yang parah iitu dihantar ke Hospital Seberang Jaya, manakala mereka yang cedera ringan dibawa ke Hospital Sungai Bakap.

Tambah beliau lagi, polis akan mengambil keterangan pemandu bas yang berusia 30-an dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba  dan Penyelamat memaklumkan sebanyak dua jentera dan 16 anggota dikejarkan ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam bas.

Semua mangsa berjaya dikeluarkan dengan selamat dalam tempoh 15 minit.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 March 2014 10:00 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: