Kategori Berita Utama

Enjin sayap pesawat bawa pemain bola Terengganu terbakar

26 MAC:  Malindo Air mengesahkan pesawatnya mengalami kebakaran enjin sayap ketika berada di paras 7000 kaki pagi in ketika dalam penerbangan dari lapangan terbang Subang ke Kuala Terengganu.

Menurut kenyataan medianya pagi Rabu, sistem pengesan api pesawat telah aktif yang menyebabkan krew pesawat melaksanakan pelan kecemasan berdasarkan SOP.

sayapterbakar“Kapten membuat keputusan untuk berpatah balik dan pesawat mendarat dengan selamat di Subang tanpa kejadian tidak diingini. Tiada penumpang cedera dan mereka dipindahkan ke pesawat lain untuk ke Kuala Terengganu,” kata kenyataan itu.

Jelasnya lagi, kejadian itu sedang disiasat dan dilaporkan kepada pihak berkuasa termasuk pembuat kapal terbang dan anjin.

Juruterbang pesawat ialah Kapten Y. Y Wong  manakala semua 49 penumpang, yang sebahagian penumpangnya terdiri daripada skuad bolasepak Terengganu dan empat anak kapal pesawat yang berlepas jam 7. 35 pagi ini.

Ini kejadian ketiga selepas MH370 hilang membabitkan pesawat dari Malaysia, sebelum ini pesawat MAS di Nepal dilanggar burung, manakala satu lagi pesawat ke Korea mendarat cemas di Hoang Kong selepas mengalami kerosakan makenikal.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 March 2014 12:35 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: