Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Erra Fazira bercerai dengan Engku Emran

18 FEB : Desas desus krisis rumah tangga pelakon popular, Erra Fazira sejak beberapa bulan lalu berakhir apabila perceraian talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin disahkan hakim Mahkamah Tinggi Syariah, di Shah Alam, Selasa. 
Hakim Syarie, Mohammad Adib Husain mengesahkan lafaz dibuat Engku Emran itu selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah secara baik.

errafamily

Erra, Engku Emran dan anak mereka Engku Aleesya

Erra dan Engku Emran berkahwin pada 25 Oktober 2007 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, 5.

Beliau sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga ahli kumpulan KRU Yusry Abdul Halim tetapi bercerai pada 26 April 2005.

Mereka tidak mempunyai anak hasil perkahwinan selama tiga tahun itu.-bnbbc.my

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 February 2014 1:31 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: