Kategori Berita Utama

ESSCOM akan dipanggil beri penjelasan pada mesyuarat Kabinet

5 APR: Kabinet mengarahkan pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) meningkatkan tahap kesiapsiagaan, pengawasan dan perisikan ekoran masih berlaku kejadian pencerobohan di perairan Sabah, dengan yang terbaru membabitkan penculikan dua wanita warga asing dari China dan Filipina pada malam 2 April lalu,

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan memandang serius berulangnya kejadian jenayah dengan yang terbaharu insiden di sebuah resort di Pulau Singgahmata, Semporna, Rabu lepas itu.

“Kita pandang berat tentang isu yang telah berulang kali berlaku apa lagi selepas ESSCOM ditubuhkan, ia masih terus berlaku.

mole-ESSCOM-1Muhyiddin berkata ESSCOM akan dipanggil untuk memberikan taklimat khusus pada mesyuarat Kabinet akan datang berhubung keupayaannya menghadapi ancaman jenayah.

“Mesyuarat jemaah menteri semalam memutuskan kita teliti struktur perintah yang ada di ESSCOM kerana di situ ada agensi seperti tentera, polis dan penjawat awam.

“Di samping itu apa aset atau alatan ketenteraan seperti bot dan helikopter, ini kita akan teliti, jadi kita panggil Esscom beri taklimat,” kata Muhyiddin kepada pemberita selepas melancarkan Program Pendidikan Islam Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti Ledang, Sabtu.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata ESSCOM diminta memberi maklumat kepada masyarakat khususnya pengusaha resort dan pelancong mengenai langkah berjaga-jaga yang perlu diambil ketika berada di kawasan berkenaan.

“Kita sedar kawasan ini bukan mudah untuk dikawal kerana pantainya luas dan berhampiran pulau-pulau di bawah jagaan Filipina,” kata beliau.

Sementara itu tindakan mengesan mangsa masih diteruskan pihak berkuasa dan Muhyiddin berharap mangsa yang terlibat berada dalam keadaan selamat dan akan dibebaskan penjenayah.-bnbbc.my

ESSCOM BNBBC

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 April 2014 2:19 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: