Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

ESSCOM perlu bagi penjelasan kes ceroboh dan culik di Semporna

3 APR: Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Mohammad Mentek perlu memberikan penjelasan berkenaan kes penculikan dua orang warganegara asing yang berlaku malam Rabu di sebuah resort di Pulau Singgahmata, dekat Semporna.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin menegaskan bahawa ESSCOM yang diamanahkan menjaga keselamatan perairan Pantai Timur Sabah perlu menjawab segala persoalan berhubung insiden tersebut, khususnya bagaimana perairan Sabah masih boleh dibolosi kumpulan bersenjata, yang kemudian boleh juga lari keluar dengan selamat membawa tebusan.

bUNG kARNO

ESSCOM kena jelaskan bagaimana Sabah masih boleh diceroboh – Bung Mokhtar

“Saya melihat insiden penculikan yang berlaku di Singamata Reef Resort merupakan satu tamparan hebat kepada pihak berkuasa iaitu ESSCOM. Saya harap pihak yang berwajib dapat memberi penjelasan yang sebaiknya berhubung insiden ini.

“Kita wujudkan ESSCOM ini semata-mata untuk mengelak perkara sebegitu berlaku, tetapi masih juga berlaku, jadi sudah menjadi persoalan kepada rakyat dan mereka mahukan kepastian, adakah kita ini selamat ataupun masih mudah dicerobohi mana-mana pihak,” katanya yang ditemui di Parlimen, Khamis.

Dua mangsa kes penculikan terbaru di Sabah jam 10.30 malam Rabu adalah Gao Hua Yun seorang pelancong warga China berusia 29 tahun, dan seorang pekerja resort Singamata Reef berusia 40 tahun yang berasal dari Filipina.

Kedua-dua mangsa diculik oleh sekumpulan enam lelaki bersenjata yang tidak dikenali.

“Pada saya perkara ini saya lihat tidak wajar lagi kita lihat sebagai satu perkara yang ringan, ini harus dijadikan keutamaan untuk mengawal mana-mana pergerakan sama ada pelancong tempatan ataupun luar negara demi memastikan imej negara kita sentiasa dipandang tinggi oleh masyarakt antarabangsa.

“Malaysia juga bergantung ekonominya sedikit sebanyak daripada industri pelancongan dengan RM40-RM60 billion sebagai pendapatan negara.

“Jadi saya melihat bahawa perlu ada pendekatan yang lebih praktikal dan dapat memberi keyakinan, kena cari satu mekanisme yang membawa kepada penyelesaian,” jelas beliau lagi.

musa n hamza

Datuk Seri Musa Aman, Ketua Menteri Sabah dan Datuk Hamza Taib, Pesuruhjaya Polis Sabah

Sementara itu, di Kota Kinabalu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mahu pasukan keselamatan menggunakan semua sumber yan g ada bagi menyelesaikan kes culik berkenaan.

Musa mengesahkan beliau sudah diberikan taklimat berhubung insiden itu oleh polis dan pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

“Saya sudah mengarahkan pihak berkuasa yang berkenaan bagi tujuan menyediakan semua usaha ke arah menyelesaikan kes ini,” kata Musa menerusi kenyataan.

Musa juga menegaskan tahap keselamatan khususnya di Semporna dan pantai timur Sabah perlu ditingkatkan, terutama melalui ESSCOM.

“Kita perlu sentiasa berwaspada pada setiap masa untuk memastikan tahap keselamatan tidak terjejas,” katanya.

Dalam kejadian jam 10.30 malam tadi di sebuah resort atas air di perairan Semporna, seorang pelancong wanita warga China dan seorang wanita warga Filipina yang juga pekerja resort itu dipercayai diculik sekumpulan lelaki bersenjata api.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 April 2014 3:45 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: