Kategori Berita Utama

Exco dedah Khalid hanya diam isu Azmin ketika mesyuarat 13 Nov

22 JAN: Kontroversi penguguran Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS dipercayai berpunca tindakan Tan Sri Khalid Ibrahim berdiam diri tanpa membuat keputusan siapa mewakili PKR mengisi jawatan berkenaan..

Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) atau Exco yang bermesyuarat 13 November 2013 memang membincangkan siapa wakil parti pakatan rakyat sebagai Ahli Lembaga Pengarah dalam perbadanan itu.

Mesyuarat pada hari itu bersetuju Teng Chang Khim mewakili DAP, Iskandar Abdul Samad (PAS) manakala Khalid berdiam diri dan tidak menamakan sesiapa bagi mengambil alih kedudukan yang disandang Azmin sebelum itu.

Mesyuarat Exco pada 4 Disember kemudian mengesahkan minit MMKN pada 13 November.

iskandarsamad

Iskandar…Khalid akan jelaskan dalam mesyuarat Exco Rabu

Perkara ini didedahkan Iskandar yang juga Adun Cempaka dan Pesuruhjaya PAS Selangor apabila ditanya bnbbc.my dalam sidang medianya di Ampang, petang Selasa.

Beliau diminta mengulas kontroversi berhubung penguguran Adun Bukit Antarabangsa yang juga Pengerusi PKR Selangor kerana isu berkenaan meleret-leret sehingga Pengurus Besar PKNS Datuk Othman Omar dan Setiausaha Kerja Norita Mohd Sidek ditukarkan ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

Ini kerana mereka didakwa mengeluarkan mengenai pemecatan Azmin tanpa pengetahuan Khalid selaku Pengerusi PKNS.

“Tidak..tidak..tidak ada satu keputusan pun bahawa YB Azmin ditamatkan dia punya perkhidmatan. Cuma dalam mesyuarat itu, saya rasa Menteri Besar pun telah buat kenyataan bahawa dia diam dalam kes Azmin itu,”.

“Kita mewakili tiga parti. saya mewakili PAS, YB Teng Chang Kim mewakili DAP dan untuk PKR, Menteri Besar senyap dan belum ada keputusan. Walaubagaimanapun, tempoh YB Azmin berkhidmat adalah sehingga 2015, jadi tidak ada sebab kenapa Pengurus Besar PKNS patut tulis surat pada YB Azmin,” ujarnya.

Disebabkan itu katanya, Othman dan Norita telah dipindahkan ke SUK bagi membolehkan siasatan lanjut berhubung kontroversi itu.

Iskandar turut mempertikai tindakan Othman mengutuskan surat penamatan perkhidmatan Azmin pada 8 Januari lalu sedangkan beliau tidak mempunyai kapasiti untuk berbuat sedemikian.

Tindakan Norita mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan Pengerusi PKNS turut dibidas kerana bertentangan dengan mana amalan syarikat atau perbadanan seperti PKNS.

“Itu yang sedang dilakukan… siasatan kenapa Pengurus Besar PKNS tulis surat kepada YB Azmin sebab dari segi protokol adalah tidak kena, kerana dia adalah GM dan kemudiannya menulis  surat kepada Azmin.

“Saya rasa dalam disiplin syarikat, kalau Norita berada dalam syarikat korporat, setiausaha kerja menyanggah kenyataan Pengerusi PKNS, tiada tindakan disiplin ke atau siasatan, terus keluar saja dari syarikat itu.

Namun, ada pihak berpendapat, pengurusan PKNS kemungkinan mengeluarkan surat penguguran Azmin setelah merujuk minit MMKN tersebut.

Bagaimanapun, ketika ditanya mengapa Khalid meneruskan pemecatan Azmin seperti yang surat Pengurus Besar PKNS sedangkan Othman tidak mempunyai kuasa berbuat demikian, Iskandar meminta Menteri Besar menjelaskan dalam mesyuarat Exco hari ini.

“Itu terpulanglah, kemudian nanti biar Menteri Besar jawab dalam Mesyuarat Exco (esok),” katanya.

Khalid pula dilaporkan sudah bersedia mendedahkan minit MMKN pada 13 November bagi membuktikan tindakannya betul. -bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 January 2014 8:35 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: