12 DIS : Selepas terpaksa meminta maaf kepada Ketua Pembangkang BN Datuk Jahara Hamid kerana menggelar Adun Teluk Ayer Tawar itu ‘nenek rasis’, Lim Guan Eng sekali tanggung malu apabila Exco beliau turut menegurnya kerana kenyataan yang beliau beberapa hari lalu.

Teguran dibangkitkan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Wanita Keluarga dan Masyarakat Pulau Pinang yang juga Adun DAP Chong Eng   berkenaan peranan dan kedudukan pemimpin wanita di negeri itu.

Beliau menegaskan bahawa sesiapa sahaja termasuk wanita tidak seharusnya dibuli dan semua golongan harus diberikan peluang sama rata dan dihargai.

“Buli itu memang tidak sepatutnya berlaku, ia satu perbuatan yang memang tidak baik,” katanya.

Beliau bercakap sedemikian ketika sesi penggulungan Rang Undang-undang  di DUN Pulau Pinang, Khamis yang secara tidak langsung menunjukkan sokongan beliau berkenaan kenyataan Jahara mengenai perananan wanita di dalam kepimpinan layak dihormati dan dihargai.

Pada Isnin lalu, Guan Eng menggelar Jahara sebagai ’nenek rasis’ dalam satu sidang akhbar di DUN berkenaan kerana dikatakan cuba membangkitkan isu perkauman apabila menuduh kerajaan DAP Pulau Pinang hanya mengambil tindakan terhadap peniaga Melayu.

Namun beliau kemudiannya membuat permohonan maaf setelah digesa oleh Jahara kerana menggunakan gelaran ’nenek’.

Eng menegaskan bahawa sesiapa sahaja termasuk wanita tidak seharusnya dibuli dan semua golongan harus diberikan peluang sama rata dan dihargai.

Beliau berhujah demikian ketika sesi penggulungan Rang Undang-Undang di DUN Pulau Pinang hari ini yang secara tidak langsung menunjukkan sokongan beliau berkenaan kenyataan Jahara mengenai perananan wanita di dalam kepimpinan layak dihormati dan dihargai.

Jahara ketika mengecam Guan Eng menegaskan bahawa matarbat seorang wanita tidak boleh dipandang ringan dengan memberi nama atau gelaran yang tidak sepatutnya sehingga menjatuhkan maruah seseorang. –bnbbc.my