Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

EXCO Pelancongan P.Pinang nafi anjur ‘Masturbation Month’

28 MEI: Polis Pulau Pinang menerima laporan daripada seorang EXCO kerajaan negeri hari ini yang menafikan terbabit dengan penganjuran satu program tidak bermoral di Batu Ferringhi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar berkata, Pengerusi Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Danny Law Heng Kiang dalam laporannya mendakwa beliau sama sekali tidak mengetahui mengenai program itu.

“EXCO itu mengetahui mengenai perkara itu ketika berada di pasar Jelutong selepas seorang lelaki tidak dikenali memberikan satu kertas kepada beliau dan apabila berada di rumah dia memeriksa kertas tersebut dan ia berkaitan program ‘Masturbation Month’,” katanya, Ahad.

Difahamkan satu kenyataan berkaitan program itu dimuat naik dan tular di laman Facebook dan dikatakan anjuran sebuah hotel dengan kerjasama ‘Penang Tourism’.

Sehubungan itu, Anuar berkata polis sedang mengesan pemilik akaun laman sosial itu bagi membantu siasatan.

Menurut beliau, ia merupakan laporan ke dua yang diterima.

Sebelum ini, sebuah hotel di Batu Ferringhi membuat laporan polis menafikan menjadi penganjur program itu selepas sebuah kain rentang berhubung pesta berkenaan memaparkan nama hotel berkenaan.

Sementara itu Ketua Menteri Lim Guan Eng semalam dilaporkan berkata, beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab didakwa tidak berpuas hati terhadap sektor pelancongan Pulau Pinang bertindak menyebarkan fitnah menerusi sebuah program yang tidak wujud.

Katanya, pihak terbabit juga dilihat cuba untuk memsabotaj dan memudaratkan kerajaan negeri dengan membuat pembohongan melalui program yang tidak pernah dianjurka di negeri itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 May 2017 8:22 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: