Kategori Berita Antarabangsa

Facebook didenda setengah bilion ringgit

19 MEI: Disebabkan memberi maklumat tidak tepat ketika proses pengambilalihan aplikasi WhatsApp, Suruhanjaya Eropah (EC) mendenda rangkaian media sosial gergasi Amerika Syarikat (AS), Facebook sebanyak 110 juta euro (RM529 juta).

Memetik AFP pada Khamis, keputusan ini memberikan petanda jelas bahawa pengendali laman sosial terkemuka itu perlu mematuhi semua aspek peraturan penggabungan Kesatuan Eropah (EU), termasuk kewajipan memberikan maklumat tepat.

 “EC perlu mengambil keputusan mengenai kesan penggabungan terhadap persaingan dengan mengetahui fakta tepat sepenuhnya,” kata Pesuruhjaya Persaingan EU, Margrethe Vestagar.

Dalam satu kenyataan semalam, EC berkata peraturan penggabungan memerlukan syarikat memberikan maklumat tepat yang penting kepada sebarang penilaian.

Sementara itu, Facebook dalam reaksinya mendakwa ia bekerjasama dengan EC.

“Kami bertindak dengan baik sejak interaksi pertama dengan EC, dan kami berusaha memberikan maklumat tepat setiap sudut.

“Kesilapan ketika proses pemfailan pada 2014 tidak disengajakan dan EC mengesahkan ia tidak memberi kesan kepada keputusan penilaian penggabungan.

Pengumuman hari ini menjadi penutup kepada kes ini,” kata jurucakap media sosial itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 May 2017 12:05 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: