Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

FELDA 2.0 pastikan kelangsungan FELDA: MB Johor

9 FEB: Langkah kerajaan pusat memperkenalkan inisiatif FELDA 2.0 menunjukkan kesungguhannya dalam membangunkan paradigma baharu bagi memastikan kelangsungan FELDA.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, inisiatif itu membolehkan rakyat melihat secara jelas bagaimana kepimpinan sekarang, iaitu daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hingga Pengerusi FELDA Tan Sri Shahrir Abdul Samad sentiasa memikirkan cara untuk menyediakan FELDA dengan pelbagai persaingan dan cabaran baharu.

Katanya, FELDA yang dahulu diwujudkan untuk membasmi kemiskinan telah melalui perubahan dan kini kemiskinan bukan lagi menjadi isu dan cabaran buatnya.

“Ini kerana ramai daripada penerokanya telah berjaya menjalani kehidupan sejahtera dengan keluar daripada kepompong kemiskinan, hasil penyertaan mereka dalam FELDA,” katanya pada majlis Pemimpin Bersama Masyarakat Pagoh di FELDA Maokil Pagoh, hari ini yang dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Namun di sebalik pencapaian itu, beliau menegaskan amat penting bagi FELDA hari ini memastikan ia dapat menjana kemahiran dan membangunkan kapasiti masyarakat FELDA.

“Ini adalah paradigma baharu untuk FELDA bagi memastikan kelangsungan mereka dan saya percaya apabila kerajaan melancarkan FELDA 2.0, itu tandanya FELDA akan terus wujud dalam negara kita pada masa akan datang,” katanya.

Inisiatif FELDA 2.0 dilancarkan pada Ahad lepas sebagai mentranformasi dan memberi wajah baharu kepada 317 kawasan tanah rancangan FELDA di seluruh negara.

Ia bakal memberi fokus bukan sahaja untuk mewujud komuniti FELDA yang pintar,mampan dan berdaya tahan tetapi juga lestari dari segi ekonomi dan alam sekitar.

Mohamed Khaled berkata di peringkat kerajaan negeri, pihaknya akan memastikan FELDA tidak terbiar dan terasing daripada kemajuan digital agar peneroka dapat membongkar lebih banyak potensi ekonomi pada masa datang.

“Tidak ada kawasan FELDA di Johor ini yang akan tersasar dari ‘digital super highway Johor’. FELDA dan warganya mesti mempunyai kesalinghubungan  atau ‘connectivity’ kurun ke 21. Ia adalah modal terpenting untuk kemandirian dan kemajuan FELDA dan lingkungannya,” katanya.

Share This:

Share

Berita Bertarikh pada 9 February 2018 1:53 pm

UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL

HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: