Kategori Ekonomi

Felda bina 20,000 unit rumah untuk generasi baharu

3 OGOS: Felda akan membina 20,000 unit rumah untuk generasi baharu di seluruh negara dengan harga RM90,000 seunit yang dijangka siap secara berperingkat dalam tempoh lima tahun lagi.

rumah-felda-generasi-2Timbalan Pengarah Besar Pembangunan Komuniti Felda, Anuar Malek berkata, setakat ini 8,500 unit rumah telah siap dibina manakala baki 11,500 unit lagi dalam pembinaan.

“Kita akan bina termasuk dua tempat di Felda Wilayah Gua Musang iaitu di Rancangan Tanah Felda Chiku 6 dan Kemahang masing-masing sebanyak 300 unit,” katanya kepada media di Gua Musang Kelantan, Isnin.

Beliau berkata buat permulaan, rumah itu akan didiami secara sewa beli.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 August 2015 5:13 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: