Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

FELDA mampu urus dan selesaikan sendiri

22 DIS: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, percaya pengurusan FELDA sedang melakukan yang terbaik berhubung pemindahan hak milik tanah strategik bernilai RM270 juta di Jalan Semarak.

Beliau yang juga Pengerusi Majlis Mesyuarat Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyerahkan kepada FELDA untuk menyelesaikan perkara itu.

“Saya rasa itu urusan FELDA dan ia sedangkan diuruskan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis pembukaan Pusingan U EkoCheras bersebelahan Jalan Cheras.

Ali diminta untuk mengulas berhubung isu tanah FELDA selepas Pengerusi FELDA, Tan Sri Shahrir Samad, menyatakan terpaksa meminta bantuan Ali untuk bantu meletakkan Kaveat Persendirian untuk status tanah terbabit dalam sidang media semalam.

Ia selepas usaha FELDA meletakkan Kaveat Persendirian pada 28 Februari lalu ke atas tanah itu dihalang atas alasan FELDA tidak berhak, kerana pemaju memiliki semua dokumen sah untuk pendaftaran.

Sementara itu, Ali berkata kerajaan melalui Unit Kerjasama Awam-Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri, memperuntukkan dana mudah cara sebanyak RM80.5 juta kepada Ekovest Capita Sdn Bhd untuk pembinaan pusingan U EkoCheras terbabit.

Beliau berkata, komponen awam lain yang turut dibiayai menerusi dana itu adalah laluan pejalan kaki berbumbung dari Stesen MRT Taman Mutiara ke EkoCheras, pelebaran dan naik taraf Jalan Cheras serta penyediaan lencongan parit induk untuk tebatan banjir.

“Peruntukan dana terbabit adalah untuk membantu pihak swasta untuk melaksanakan projek pembangunan membabitkan infrastruktur yang sememangnya memberi kesan langsung kepada rakyat.

“Selain akses ke EkoCheras, pusingan U ini juga membantu penyuraian trafik kepada pengguna di Jalan Cheras dan Jalanraya Lingkaran Tengah (MRR2),” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 December 2017 7:31 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: