Kategori Berita Utama

FELDA peneraju tranformasi luar bandar

1 FEB: FELDA perlu menjadi peneraju utama untuk merapatkan jurang pendapatan antara luar bandar dan bandar.

Menurut Pengerusinya Tan Sri Shahrir Abdul Samad, usaha ke arah itu  selaras dengan menjadikan FELDA Lurah Bilut sebagai perintis tanah rancangan berkelompok pertama disuntik dengan elemen digital seiring dengan kemajuan negara.

Tambah beliau lagi, pemodenan yang dibuat semakin diterima ramai apabila berjaya menarik minat golongan muda untuk balik kekawasan tersebut sekaligus menjana pendapatan di tempat kelahiran mereka.

“Kita perlu memimpin perubahan di luar bandar. Sekarang kita juga kena memimpin serta meneraju transformasi luar bandar. Nak kurangkan jurang pendapatan luar bandar dan bandar ini, FELDA lah yang perlu ke depan. FELDA yang paling layak untuk mengurangkan jurang pendapatan luar bandar dan bandar.

“Jadi FELDA ini adalah satu organisasi yang harus diubah cara kerjanya. Tengok usaha pertama yang dibuat ini, kita guna kekuatan yang ada. Kemudian rancangan-rancangan FELDA lain turut akan mengikuti untuk lakukan perubahan dengan menggunakan kekuatan masing-masing,” katanya di FELDA Bilut, Bentong hari ini.

Shahrir ditemui dalam sesi penerangan sebelum pelancaran FELDA 2.0 yang akan dirasmikan Perdana Menteri pada Ahad ini.

Suasana di Kedai Serbaneka di Felda Lurah Bilut Bentong Pahang yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad.

Jelas beliau lagi, beberapa infrastrutktur sudah ditransformasikan sebagai tarikan kepada pelancong seperti kedai serbaneka, Titian Tun Razak, Bilut Backpackers Hostel, Lembah Digital Bilut Co-working, White House, Mural Kilang Baja dan Muzium FELDA.

“Inilah komuniti yang ada. Eksperiman yang kita mulakan di kawasan sejak negara merdeka sehingga 317 rancangan yang lain. Sini tak payah jual tanah, boleh bangunkan sendiri dari bawah.

“Kita sediakan  ruangan untuk orang bandar yang buat kerja secara digital, dengan suasana luar bandar.

“Ia akan jadi komuniti pintar, komuniti lestari sama seperti apa yang ada di dalam bandar, ” katanya lagi.

Sementara itu, Shahrir berkata pihaknya mensasarkan lima lagi tanah rancangan FELDA yang akan dibangunkan seperti Lurah Bilut dengan masing-masing dengan peruntukan sebanyak RM10 juta

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 February 2018 4:30 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: