Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

FELDA terbuka untuk disiasat SPRM

14 NOV: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) percaya bahawa operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas Felda Investment Corporation (FIC) adalah lebih besar daripada kes tiga hotel yang masih siasatan, kata Pengerusinya, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

“Siasatan mengenai isu pembelian hotel masih berjalan. Cuma saya tidak pasti berada di tahap mana.

“Apa yang lebih penting, kita terbuka untuk disiasat sebab saya yakin operasi siasatan tidak akan terikat dengan isu tiga hotel sahaja,” katanya selepas Dialog GTN50: Pemimpin Generasi Baharu Felda Aspirasi Menuju Tahun 2050 di Menara FELDA hari ini.

Shahrir  mengulas selepas ditanya berkenaan perkembangan siasatan SPRM ke atas pembelian sebuah hotel di London, di Kuching dan di Kota Kinabalu oleh FIC, pada sidang media

Pada Julai lalu, SPRM membuka kertas siasatan terhadap FIC berbubung pembelian sebuah hotel di London antara 2013 dan 2015 pada Julai tahun ini, yang dipercayai mahal daripada harga pasaran.

Ia seterusnya membawa kepada siasatan pembelian hotel di Kuching dan Kota Kinabalu serta penahanan beberapa individu untuk membantu siasatan.

Share This:




Berita Bertarikh pada 14 November 2017 10:07 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]