Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

FGV buka pintu pada SPRM

6 JUN: FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) bersedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Pengerusinya, Tan Sri Isa Abdul Samad.

Menurutnya, syarikat tidak menghalang jika suruhanjaya itu mahu melakukan siasatan ke atas urus niaga FGV, khususnya membabitkan urus niaga antara Delima Oil Products (DOP) dan Safitex.

“Buat masa ini, kita cuma membenarkan audit dalaman saja buat siasatan, namun jika ada pihak lain seperti SPRM nak masuk menyiasat, kita tidak akan halang.

“FGV juga tidak akan buat laporan kepada SPRM, tetapi bersedia jika SPRM mahu menyiasat. Tidak ada siapa boleh menahan jika agensi berkenaan mahu masuk menyiasat,” katanya di Menara FELDA, Kuala Lumpur, Selasa.

Jelas beliau, hasil siasatan PricewaterhouseCooper (PwC) terhadap urus niaga itu yang menjurus kepada arahan bercuti terhadap Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad dan tiga individu lain, mendapati terdapat beberapa kesalahan yang boleh dikaitkan ke arah rasuah.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai dakwaan berhubung terdapat wujud tangan ghaib dan urus niaga mencurigakan dalam FGV, Isa berkata perkara itu sepatutnya ditangani oleh Zakaria.

“Kalau Zakaria tidak puas hati dengan arahan dan siasatan FGV dan nak laporkan pada SPRM, laporlah,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 June 2017 3:32 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: