Kategori Ekonomi

FGV catat untung suku pertama 2018

28 MEI: FELDA Global Ventures Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM8.46 juta bagi suku pertama yang berakhir 31 Mac tahun ini, berbanding kerugian bersih RM32.199 juta hasil daripada peningkatan produktiviti dan sumbangan tinggi daripada sektor gula, logistik dan perniagaan sokongan.

Bagaimanapun, hasil turun kepada RM3.6 bilion berbanding RM4.32 bilion sebelumnya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad 

“Saya gembira dengan peningkatan operasi yang kami catatkan,” kata Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zakaria Arshad dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, FGV akan terus berusaha mencapai produktiviti yang lebih tinggi dan kecekapan kos dalam setiap sektor.

“Kami menjangka trend yang bertambah baik ini berterusan, kerana kami melihat hasil daripada usaha untuk meningkatkan prestasi kami.

“FGV mengambil pekerja yang mencukupi bagi memenuhi keperluan. Juga, kami giat menanam semula bagi membaiki profil usia pokok kami.

“Masih banyak lagi yang perlu dilakukan. Kami menumpukan kepada mencapai keputusan,” kata Zakaria.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 May 2018 2:09 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: