Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

FGV: Nasib Isa & Zakaria bakal ditentukan

19 JUN: Pengumuman penting mengenai kedudukan Pengerusi, Tan Sri Isa Samad dan Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Datuk Zakaria Arshad dalam  FELDA Global Ventures Holdings Bhd (FGV) dijangka dibuat oleh kerajaan selepas satu mesyuarat hari ini.

Memetik laporan Berita Harian, Isa juga dijangka akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Difahamkan, mesyuarat berkenaan dijadual diadakan di Putrajaya bagi membincangkan laporan yang disediakan pihak bebas dilantik kerajaan bagi mencari penyelesaian kepada krisis yang melanda FGV.

Terdapat spekulasi bahawa Isa bakal digugurkan sebagai pengerusi untuk memberi ruang kepada kerajaan merombak pengurusan tertinggi syarikat berkenaan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azam Baki dilaporkan berkata bahawa pihaknya sudah memulakan siasatan berhubung isu FGV yang membabitkan beberapa sekurang-kurang 50 individu

Krisis FGV bermula pada awal Jun selepas blog milik Raja Petra Kamarudin melaporkan bahawa terdapat cubaan untuk menyingkirkan Zakaria daripada jawatan CEO.

Sejurus itu, tiga individu termasuk Zakaria diarah bercuti serta merta.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 June 2017 10:21 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: