Kategori Berita Antarabangsa

Filipina gantung guna vaksin denggi

1 DIS: Filipina menghentikan sementara penggunaan vaksin denggi selepas pengeluarnya memberi amaran ia mungkin memburukkan lagi bagi sesetengah kes pesakit.

Pada Rabu, Farmaseutikal gergasi Perancis, Sanofi mengumumkan vaksin denggi pertama di dunia itu boleh menyebabkan gejala lebih teruk bagi individu tidak pernah dijangkiti.

Filipina merupakan negara pertama Asia meluluskan penggunannya pada 2015.

Negara itu sudah memberi vaksinasi kepada lebih 700,000 kanak-kanak sejak tahun lalu, namun bermula hari ini, program itu ditangguhkan, lapor AFP.

“Berdasarkan analisis baru ini, Jabatan Kesihatan akan menangguhkan sementara program vaksin denggi sementara perundingan sedang berjalan dengan pakar-pakar, pihak berkepentingan utama dan WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia),” menurut kenyataan pihak berkuasa negara itu.

Bagaimanapun, Kerajaan Filipina menegaskan ia belum menerima laporan mengenai sebarang masalah dengan Dengvaxia.

“Pada masa ini, tiada kes jangkitan denggi yang teruk di kalangan mereka yang menerima vaksin,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 December 2017 5:05 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: