Kategori Ekonomi

Firefly tutup pejabat jualan di JB

13 DIS: Anak syarikat Malaysia Airlines Berhad, Firefly Sdn Bhd mengumumkan penutupan pejabat jualan Firefly Johor bermula akhir bulan ini.

Bagaimanapun, Pengurus Jualan Firefly negeri, Khairul Anuar berkata penutupan hanya membabitkan pejabat di Pusat Konvensyen Antarabangsa (Persada) di Johor Bahru.

“Saya  ingin memaklumkan bahawa penutupan pejabat jualan Firefly hanyalah di Persada Johor yang mana tarikh akhir operasinya adalah 22 Disember ini,” katanya dalam satu kenyataan, Rabu.

Bagaimanapun, Khairul berkata semua jadual penerbangan dan pejabat operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai masih beroperasi seperti biasa.

“Semua urusan berjalan seperti biasa dan sebarang pertanyaan boleh diajukan menerusi e-mel, khairulanuardaud@fireflyz.com.my atau telefon 019-7782244,” katanya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 December 2017 10:28 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: