Kategori Berita Utama

Fitnah maksiat: Ismail selar mungkin dia pernah buat

5 DIS: Tuduhan kononnya Perhimpunan Agung UMNO (PAU) sebagai peluang untuk ramai ahli parti itu terjebak dalam aktiviti maksiat seperti berkhalwat dan bersedudukan dalam bilik hotel adalah tidak berasas sama sekali.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membidas dakwaan seorang bekas exco Puteri UMNO yang menyifatkan kenyataan itu adalah membuta tuli dan fitnah untuk memburukkan parti keramat Melayu semata-mata.

Menteri Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan sumbangan bantuan persekolahan dalam program Back To School. Turut hadir Pengerusi MARA Datuk Dr Awang Adek Hussin

“Kalau tidak ada fakta, kita tidak boleh percaya (tuduhan) ini. Selepas keluar UMNO, baru nak cerita buruk. Jadi saya ingat tidak betul. Kecuali dia sendiri yang buat dan buktinya dia (yang lakukan) sebab itu dia tahu.

“Saya tidak pernah buat (tuduhan itu), jadi saya tidak tahu. Jadi mungkin dia (pernah) buat, jadi dia nak tunjuk contoh itu diri dia yang pernah buat (maksiat) agaknya,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Program Back To School YPM@KKLW di PWTC, Selasa.

Semalam, bekas Exco Puteri UMNO Bahagian Klang, Wan Asshima Kamaruddin mendakwa, kes khalwat sering berlaku di kalangan ahli UMNO setiap kali berlangsungnya PAU di PWTC.

Malah pemimpin NGO pro PAS itu turut mahu Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) melakukan operasi pencegahan maksiat besar-besaran di hotel-hotel sekitar ibu kota sepanjang PAU berlangsung.

Ismail Sabri yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) turut mempersoalkan mengapa Wan Asshima merahsiakan dan tidak melaporkan perkara tersebut kepada kepimpinan tertinggi UMNO ketika beliau masih menjadi ahli parti itu.

“Macam mana dia boleh tahu, kecuali dia (yang) buat. Macam mana dia boleh tahu orang lain buat khalwat dan sebagainya.

“Saya rasa ini setelah dia keluar daripada UMNO, masuk parti lain baru nak bercerita pasal ini. Kalau dia betul-betul jujur waktu itu dia sudah bercakap dah. Dia sudah tegur kalau perkara ini berlaku.

“Selama ini saya tidak pernah dengar cerita ini pasal Puteri, Pemuda berkhalwat dan sebagainya. Saya jadi Ketua Pemuda lapan tahun, Exco Pemuda empat tahun, tidak pernah saya dengar cerita pasal ini,” ujar Ahli Parlimen Bera itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 December 2017 1:34 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: