Kategori Berita Utama

Fitnah SPR: Pengundi Bagan Datuk patut tolak pembangkang

8 MEI: Pengundi di Parlimen Bagan Datuk mesti menolak calon PKR bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Hutan Melintang G.Manivannan kerana  beliau bukan sahaja orang luar tetapi sudah memfitnah Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun negara mengamalkan demokrasi, orang luar tidak patut datang mengacau di Bagan Datuk dan Hutan Melintang, apatah lagi membuat kacau dengan menabur fitnah.

“Ini kalilah Bagan Datuk dan Hutan Melintang kita punya. Orang lain jangan datang dan kacau. Ini (calon PKR) kata SPR sudah kira undi, (SPR) sudah tipu. Ini tipu punya orang. Itu Kapar (Selangor) tempat dia, orang Kapar sudah tidak mahu, dia datang kacau sini,” kata Zahid.

Beliau merujuk kepada Manivanan yang sebelum ini Ahli Parlimen PKR Kapar tetapi kini bertanding di DUN Hutan Melintang.

Calon pembangkang itu telah menular berita kononnya SPR telah melakukan proses pengiraan undi awal bagi Parlimen Bagan Datuk selepas waktu pengundian awal berakhir pada 5 Mei.

G. Manivannan

SPR sudah menafikan tuduhan tersebut sebaliknya semasa proses penyimpanan peti undi awal itu, terdapat kacau ganggu sekumpulan orang termasuk calon parti yang bertanding terhadap urusan tersebut kononnya penyelewengan dilakukan pegawai SPR.

Zahid yang berucap di Program Gempur Hutan Melintang malam tadi berkata, pengundi mesti membuat pilihan yang baik dengan menolak mereka yang menyebarkan berita palsu.

“Dulu kita sudah tertipu. Hutan Melintang tak dapat apa-apa. Orang Hutan Melintang mahu pembangunan. Calon BN Datuk Khairuddin Tarmizi adalah anak tempatan yang boleh bawa projek (pembangunan) di sini,” katanya.

Zahid yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Bagan Datuk berkata, kali ini pengundi mesti mencatat sejarah dengan memberi kemenangan besar bagi Bagan Datuk, Hutan Melintang dan DUN Rungkup supaya pembangunan dapat dilaksanakan.

Katanya kemenangan besar itu juga akan menjadi hadiah kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sudah memberi pelbagai projek pembangunan di Bagan Datuk.

“Dia (Najib) sudah tolong kita. Orang Bagan Datuk mesti beri hadiah kepada Datuk Seri Najib dengan memberikan majoriti kemenangan yang tinggi,” tegasnya.

Selain Khairuddin, calon DUN Rungkup Datuk Shahrul Zaman Yahya turut hadir di program tersebut.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 May 2018 7:27 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: