Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Fitnah, UMNO tak pernah tawar RM50,000 keluar PPBM

23 JUN: Exco Pemuda UMNO menegaskan krisis kepercayaan terhadap pucuk kepimpinan PPBM adalah punca utama yang menyebabkan anggota parti pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad itu keluar PPBM.

Sehubungan itu dakwaan Dr Mahathir selaku pengerusi PPBM bahawa UMNO menawarkan sehingga RM50,000 bagi anggota PPBM meninggalkan parti itu adalah fitnah semata-mata.

Malah menurut Nazir Hussin Akhtar Hussin tindakan keluar parti berlaku apabila pucuk pimpinan PPBM tidak menjawab beberapa isu yang dibangkitkan anggotanya sendiri.

“Orang-orang kamu (anggota PPBM) bertanyakan mengenai (dakwaan) kekayaan luar biasa yang dimiliki oleh anak-anak kamu (Dr Mahathir), tapi beliau (Dr Mahathir) sendiri tidak menjawabnya.

“Sebab itulah ada anggota PPBM membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasatnya sehingga ada juga yang hilang kepercayaan lalu meninggalkan parti itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas ditemui pada program isi minyak percuma kepada lebih 500 penunggang motosikal dan pengagihan 2,000 bungkus bubur lambuk anjuran Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa di stesen minyak Petron di Keramat, di Kuala Lumpur, hari ini.

Dr Mahathir dalam blognya semalam mendakwa anggota PPBM menerima tawaran antara RM10,000 hingga RM50,000 supaya meninggalkan parti itu selain perlu menandatangani satu dokumen perjanjian mengundi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Pada Selasa, anggota Exco Angkatan Bersatu Anak Muda PPBM, Mohamad Taufik Abas membuat laporan kepada SPRM untuk menyiasat kemungkinan pernah berlaku salah laku, penyelewengan dan salah guna kuasa melibatkan pemimpin tertinggi parti itu.

Turut membuat laporan berhubung dakwaan isu kekayaan keluarga bekas perdana menteri itu ialah Anggota Jawatankuasa PPBM Bahagian Shah Alam Wan Mohamad Ashraf Nasjaruddin di pejabat SPRM Selangor di sini hari ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 June 2017 9:51 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: