Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Flaperon di Mauritius sah milik MH370

7 OKT: Serpihan yang ditemui di Mauritius adalah milik pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang pada Mac 2014.

Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai analisis Biro Keselamatan Pengangkutan Australia mendapati serpihan itu sepadan dengan sayap pesawat tersebut.

mh370 flaperonPesawat jenis Boeing 777 itu hilang dari radar semasa dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur, membawa bersama 239 penumpang dan anak kapal.

Operasi pencarian pesawat tersebut membawa kepada beberapa penemuan.

Dua penemuan serpihan sebelum ini disahkan milik pesawat tersebut.

Serpihan pertama ditemui di Pulau Reunion pada Julai 2015 manakala serpihan kedua di Pulau Pemba di perairan Tanzania.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 October 2016 5:16 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: