Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Fokus 4 perkara tangani ancaman keselamatan

3 DIS: Empat langkah harus diberi perhatian bagi menangani ancaman keselamatan tradisional yang berlaku pada abad ke-21 ini.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein langkah berkenaan penting bagi mengekalkan keamanan di negara ini termasuk di rantau Asia Tenggara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menjawab pertanyaan Pelajar-pelajar semasa Majlis Wacana Belia Antarabangsa Kuala Lumpur 2017 di PWTC

“Langkah itu adalah meningkatkan persediaan komprehensif semua aset pertahanan negara, memperkenalkan mekanisme penilaian dan pengurusan ancaman, sokongan berterusan dari pelbagai institusi menerusi pelbagai medium yang ada serta kepemimpinan yang rasional, responsif dan bertanggungjawab,” katanya ketika berucap dalam Wacana Belia Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIYD) 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Ahad.

Turut hadir Pengerusi KLIYD 2017, Khairul Azwan Harun serta wakil dari pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) belia.

KLIYD 2017 merupakan platform golongan belia berdialog tentang isu semasa bersama pemimpin. Tahun ini, objektifnya adalah membincangkan ancaman masa depan berkaitan ekstremis, keselamatan makanan serta keselamatan siber.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 December 2017 2:27 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: