Kategori Berita Antarabangsa

Foto bekas PM Yingluck bersiar di London tersebar

1 JAN : Beberapa lagi foto tersebar menunjukkan seorang wanita dikatakan bekas Perdana Menteri Thai, Yingluck Shinawatra yang ‘hilang diri’ sedang bersiar-siar di sebuah pusat beli-belah tidak dinyatakan di London.

Gambar-gambar itu yang tersiar di sebuah Facebook akaun @secret100million juga menunjukkan “Yingluck” ditemani budak lelaki belasan tahun, dikatakan anaknya, Supasek Amornchat, 15.

Jurucakap National Council of Peace and Order (NCPO), Mejar Jeneral Piyapong Klinpan telah meminta agensi-agensi berkaitan menyiasat foto yang dikaitkan dengan Yingluck di London itu.

Jika itu sebenarnya gambar Yingluck, maka ia merupakan imej pertama bekas perdana menteri itu sejak meninggalkan Thailand pada Ogos sejurus sebelum Mahkamah Tertinggi membuat keputusan penting berhubung kes kecuaiannya.

Sejak menghilang diri beliau belum membuat sebarang kenyataan umum.

Beikutan ketidakhadirannya di mahkamah, Mahkamah Tertinggi telah menangguhkan keputusannya, tetapi dalam penghakiman September bekas perdana menteri itu dijatuhi hukuman penjara lima tahun.

Ini kerana kecuaian dalam skim ikrar beras semasa pentadbirannya yang kerajaan pimpinan tentera dakwa telah menyebabkan negara menanggung kerugian berbilion dolar menerusi rasuah.

Ekoran siasatan pelbagai agensi selepas kehilangannya, kerajaan mengesahkan bahawa Yingluck telah melarikan diri ke Dubai di mana abangnya, Thaksin, juga bekas perdana menteri Thai memiliki sebuahrumah.

Bagaimanapun, pengesahan itu tidak melenyapkan spekulasi yang mengatakan destinasi sebenar Yingluck ialah United Kingdom di mana beliau dikatakan sedang berusaha mendapatkan suaka politik.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 January 2018 6:25 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: