Kategori Berita Utama

Foto Lucah: Anwar tuduh cybertroopers UMNO

28 DIS : Ketika gambarnya bersama seorang pelajar wanita di luar negara, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menjawab kritikan sesetengah pihak yang mendakwa beliau tidak prihatian dengan masalah banjir yang sedang melanda beberapa negeri di Malaysia.

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang itu segera menafikan akaun twitternya yang memaparkan gambar lucah pengamal homoseks dan mendakwa akaun beliau digodam cybertroopers UMNO.

Ketua Pembangkang berada di Washington DC ketika musibah banjir melanda lima buah negeri.

Imbas kembali: Anwar berada di Washington DC ketika musibah banjir melanda lima buah negeri.

Ketua Umum PKR dan ahli Parlimen Permatang Pauh Itu menuduh cybertroopers UMNO  yang menyebarkan foto lelaki homoseksual itu dan menyifatkan dirinya sebagai mangsa fitnah. 

Sebagai menguatkan hujahnya, Anwar turut mendakwa akaunnya beberapa kali digodam sebelum ini termasuk sebelum PRU 13.

“Staf saya maklum blog UMNO sibuk sebar foto lucah yang masuk dalam favourite saya. Sudah beberapa kali berlaku akibat “hack” cybertroopers,” katanya dalam laman Twitter.

Anwar turut menafikan bahawa beliau telah memangkah “favourite” gambar tersebut.

Mantan timbalan Perdana Menteri itu pernah dikaitkan dengan dua video lucah sebelum ini dan pernah disabit kesalahan melakukan seks diluar tabii setelah dipecat daripada kerajaan pada tahun 1999.

Bagaimanapun beliau dibebaskan daripada satu lagi tuduhan bersetubuh dengan bekas pembantu lelakinya pada tahun 2008.  

Anwar menafikan pembabitannya dalam sebarang video seks dan kesalahan melakukan hubungan sejenis.

Beliau menuduh dakwaan-dakwaan mengaitkannya dengan perbuatan seks sebagai fitnah yang disebarkan UMNO bertujuan menjatuhkannya.-bnbbc.my 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 December 2013 7:21 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: