Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

IGP batal sepina Jamal

14 NOV: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun untuk membatalkan sepina dikemukakan oleh Datuk Seri Jamal Md Yunos dalam satu kes saman.

Ketua UMNO Sungai Besar itu mengemukakan sepina itu supaya Fuzi menjadi saksi dalam perbicaraan kes saman fitnah yang difailkan aktivis Maria Chin Abdullah terhadapnya selepas mendakwa Bersih 2.0  berkaitan dengan kumpulan pengganas Daesh.

Hakim Mohd Zaki Abdul Wahab membenarkan permohonan itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Peguam Kanan Persekutuan, Ahmad Terrirudin Mohd Salleh yang mewakili beliau dan peguam V Mugunthan mewakili Jamal.

Terrirudin di perkarangan mahkamah berkata permohonan Fuzi diluluskan disebabkan anak guamnya, yang ketika itu merupakan Pengarah Cawangan Khas tidak mempunyai pengetahuan berhubung penahanan Maria mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Sementara itu, Mugunthan berkata pihaknya akan mendapatkan arahan daripada anak guamnya sama ada ingin mengemukakan rayuan berhubung keputusan berkenaan.

Selain Fuzi, Jamal (foto) turut mengemukakan sepina terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Ruslan Abdullah.

Pada 7 Oktober lalu, Maria, 60 menyaman Jamal selepas mendakwa Pengerusi  Gerakan Merah Malaysia itu mengeluarkan kata-kata fitnah dalam satu sidang media di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra dan disiarkan oleh media tempatan.

Share This:




Berita Bertarikh pada 14 November 2017 9:46 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]