Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Fuziah bising pasal banjir, ini jawapan tim menteri Pertahanan

10 DIS: Pembangkang jangan hanya tahu bercakap dan cari publisiti sahaja bukannya turun membantu mangsa-mangsa banjir ketika ini.

Menurut Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri, pembangkang tidak sepatutnya buat tuduhan liar menuduh kerajaan lewat atau tidak membantu mangsa-mangsa banjir terutama di Kuantan, Pahang dan Kemaman Terengganu yang teruk terjejas.

“Sepatutnya daripada bercakap, lebih baik pembangkang sendiri turun padang bantu mangsa-mangsa banjir. Nampaknya mereka lebih suka publisiti daripada insiden berlaku. Mereka sepatutnya membantu tapi kalau datang setakat nak buat show atau bantu golongan tertentu sahaja tak perlu. Mereka patut ikhlas,” katanya di Lobi Parlimen, Selasa.

Sebelum ini,ahli parlimen PKR Kuantan Fuziah Salleh bising di Dewan Rakyat mahu kerajaan umum darurat dan dakwa kerajaan tidak tolong mangsa banjir di tempatnya.

atmbanjir1

Pihak tentera yang membantu mangsa banjir

Menurut Rahim, memang ada kesulitan pada peringkat awal untuk menghulurkan bantuan kerana kejutan dan perhubungan jalan raya yang terputus.

fuziahbanjir

Ahli Parlimen PKR Kuantan Fuziah Salleh hanya jenguk mansa banjir

Katanya, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah menggerakkan aset serta 2,000 anggota bagi membantu mangsa banjir sejak 2 Disember lalu.

Usaha itu katanya, bagi menyokong usaha berkuasa negeri dan agensi lain memberi bantuan banjir,

Antara bantuan termasuk memindahkan mangsa, mengangkut serta menyediakan makanan dan kor jurutera pula menyiapkan jambatan yang rosak akibat banjir.

Jambatan terbabit di Sungai Limbung Kemaman dan satu lagi dalam penelitian di Hulu Terengganu.

Rahim berkata, jambatan gantian ini perlu bagi menghubung penduduk dengan agensi yang memberikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir terbabit.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 December 2013 3:15 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: