Kategori Berita Utama

Gabungan MCA-GERAKAN beri impak maksima kepada DAP P.Pinang?

3 JAN: Kajian lebih terperinci perlu dilakukan oleh parti GERAKAN dan MCA jika mahu memberikan impak maksima kepada DAP di Pulau Pinang.

Ini kerana menurut Felo Penyelidik, Institut Kajian Politik Malaysia, Universiti Utara Malaysia, (UUM MAPAN), Dr Achmad Dzariean Mohd Nadzri, terdapat sedikit perbezaan antara kedua-dua parti tersebut yang mungkin merencatkan usaha Barisan Nasional merampas kembali tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada PRU ke-14 ini.

“MCA dan GERAKAN itu sendiri mempunyai identiti yang berbeza. Ideologi mereka berlainan dan cara berpolitik juga tidak sama dalam mendekati pengundi.

“Jadi perlu kedua-dua parti ini mencari satu titik nilai yang sama bagi membolehkan digunakan secara maksimum untuk menarik semula pengudi kaum CIna dan bukan Melayu kepada BN di Pulau Pinang,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Rabu.

Bagaimanapun Achmad bersetuju gabungan kedua-dua parti akan memberikan peluang cerah kepada BN merampas kembali negeri itu yang terlepas kepada pembangkang sejak 2008.

“MCA dan GERAKAN mereka mempunyai pengikut yang tersendiri, cara atau pendekatan yang berlainan untuk menarik pengundi bagi memberikan undi kepada mereka.

“Jadi saya bersetuju gabungan itu akan memberikan saingan sengit kepada DAP sekaligus mampu memberikan kejayaan kepada BN di Pulau Pinang pada pilihan raya ini.

“Sudah pasti tujuannya adalah satu iaitu mengembalikan sokongan pengundi bukan Melayu khususnya kaum Cina kepada BN.

Menurutnya Achmad lagi, faktor cakap tidak serupa bikin Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga telah menyebabkan rakyat di negeri tersebut mula hilang keyakinan kepada DAP.

“Telah banyak perkara yang menjegkelkan berlaku seperti penerokaan alam sekitar yang menyebabkan antara punca bencana alam kerap berlaku di Pulau Pinang.

“Sebelu itu Guan Eng kerap menafikan pentadbiran kerajaannya tetapi apabila musibah banjir besar dan tanah runtuh berlaku, baharulah rakyat negeri celik mata dengan apa yang dilakukan DAP di Pulau Pinang.

“Muak dan kecewa dan seharusnya gabungan ini bakal menjadi dimensi baharu kepada masyarakat Cina dan bukan Melayu untuk memilih BN pada PRU14 nanti,” jelasnya.

Sabtu ini, bakal berlangsung perhimpunan bersama kedua-dua parti itu dalam memperkemaskan jentera BN dalam misi menawan Pulau Pinang pada PRU14 ini.

Setiausaha Agung GERAKAN, Datuk Liang Teck Meng berkata keazaman mereka berlandaskan kepada keputusan dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Manakala Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan menegaskan perhimpunan itu dapat memperkukuhkan hubungan kerja yang baik kedua-dua parti dalam menghadapi pilihan raya umum serta menegakkan pentadbiran kerajaan dan amalan kesederhanaan dalam politik.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 January 2018 8:20 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: