Kategori Berita Utama

Gabungan polis dan bomba elak pertindihan kuasa

26 JAN : Gabungan kerjasama diantara
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) adalah bagi mengelakkan pertindihan kuasa khususnya menyelesaikan isu kebakaran.

Menurut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini sering berlaku kelewatan dalam menyelesaikan isu tersebut dimana sebanyak 477 kes tertangguh dan belum selesai daripada 3901 kertas siasatan kes kebakaran yang dibuka sejak tiga tahun lepas.

KUALA LUMPUR 26 JANUARI 2018- Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar menyaksikan pertukaran dokumen kerjasama PDRM dan JBPM yang diwakili Ketua Polis Negara Tan Sri Fuzi Harun dan Ketua Pengarah JBPM Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim di Maktab PDRM Cheras

“Ketika itu, bomba bergantung kepada PDRM, PDRM bergantung kepada bomba. Mudah-mudahan dengan kerjasama ini, ia (siasatan kes kebakaran) dapat dimuktamadkan segera.

“Siasatan konklusif dapat dilakukan, masing-masing (PDRM dan JBPM) tidak lagi boleh main tarik tali siapa lebih berkuasa dan siapa yang ada bidang kuasa yang lebih dalam soal ini,” tegasnya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani nota kerjasama di antara PDRM dan JBPM dalam siasatan kebakaran.

Nota kerjasama itu ditandatangani Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun dan Ketua Pengarah JBPM Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim di Maktab PDRM, Kuala Lumpur.

Melalui kerjasama tersebut, semua siasatan kes kebakaran yang dilaksana PDRM diserahkan kepada JBPM berkuat kuasa hari ini.

Bagaimanapun, sekiranya hasil siasatan oleh JBPM mendapati kejadian kebakaran mempunyai unsur jenayah, jabatan itu akan melapor dan menyerahkan laporan siasatan kepada PDRM supaya siasatan lanjut dari sudut jenayah dapat dilakukan.

Dalam pada itu Zahid turut menyatakan hasrat supaya agensi dan beberapa jabatan lain menjadikan contoh kerjasama dalam melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan efisyen pada masa akan datang.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 January 2018 2:20 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: