Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Gadis OKU jual 240,000 kuih bakul

Bersempena Tahun Baru Cina, tempahan kuih bakul dan bulan diterima seorang usahawan kurang upaya (OKU) tempahan meningkat lima kali ganda berbanding tahun lalu.

Laporan Harian Metro, menyebut sebanyak 240,000 kuih bakul dan 50,000 kuih bulan dihasil dari kilang Haziqah Nurul Huda Harun adalah yang ditempah sejak awal tahun ini.

Dibantu 10 pekerja, gadis berusia 22 tahun itu boleh menghasilkan 30,000 kuih bulan setiap bulan, termasuk untuk memenuhi pasaran Singapura.

“Sepanjang Januari saja, 40,000 kuih bulan ditempah manakala selebihnya untuk dihantar sebelum Tahun Baru Cina bulan depan,” kata Haziqah.

Lebih 200 pelanggan membeli terus dari kilangnya di Bukit Kuang,Terengganu.

Sejak kilangnya beroperasi 24 jam pada Oktober tahun lalu, beliau merancang untuk menembusi pasaran negara China pada Mac ini.

“Pasaran China kekurangan makanan halal, sekali gus membuka peluang kepada saya untuk memasarkan kuih bakul dan bulan ke sana,” katanya.

Sebelum kilang itu dibuka, tempahan kuih bakul Haziqah sempena sambutan Tahun Baru Cina tahun lalu hanyalah 4,000 biji, dua ganda bulan biasa.

Laporan itu menyebut bahawa beliau mempelajari pembuatan kuih itu daripada sahabat Facebooknya, yang berasal dari Beijing, China pada dua tahun lalu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 January 2018 5:15 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: