Kategori Berita Antarabangsa

Gadis Palestin tampar tentera Israel, dunia ‘buka mata’

1 FEB: Tindakan berani Ahed Tamimi menampar dan menendang dua tentera rejim Zionis di perkampungan Nabi Saleh di Tebing Barat pada 15 Disember lalu mendapat perhatian dunia selepas ia menjadi tular di media sosial.

Gadis berusia 16 tahun yang kini menjadi ikon Palestin dan sedang menjalani perbicaraan itu berdepan 12 pertuduhan termasuk melempar batu, menghasut serta membuat ancaman.

Media Israel cuba memutar belit fakta sebenar berhubung kejadian itu yang kononnya disifatkan sebagai tindakan keganasan bertujuan untuk memprovokasi tentera.

Ketika prosiding pada bulan lalu, Ahed menjelaskan dia bertindak demikian selepas kepala sepupunya ditembak dengan peluru getah.

“Kemudian saya melihat tentera Israel yang sama memukulnya di hadapan rumah saya. Saya tidak boleh berdiam diri dan bertindak seperti yang anda lihat dalam rakaman video itu,” jelasnya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 February 2018 11:35 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: