Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Gambar dilempar cat, Pemuda UMNO Merbok lapor polis

28 JAN: Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Merbok menyelar tindakan individu tertentu yang cuba memainkan sentimen politik kebencian apabila melempar cat hitam pada gambar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus Mat Zain di Laguna Merbok, Sungai Petani semalam.

Bendahari Pemuda UMNO Merbok, Haris Haroon berkata, beliau membuat laporan polis hari ini bagi meminta pihak berkuasa menyiasat tindakan pihak tidak bertanggunjawab yang seolah-olah mahu mewujudkan provokasi dan perasaan tidak senang dalam kalangan orang ramai.

“Tindakan melempar cat hitam pada gegantung ucapan Selamat Datang Ke DUN Tanjung Dawai itu juga seolah-olah bertujuan untuk memalukan imej bersih Ketua UMNO Bahagian Merbok ini di mata masyarakat setempat.

“Jelas ada pihak yang cuba memainkan sentimen politik kebencian dan saya mewakili Pemuda UMNO Merbok menolak sekeras-kerasnya perbuatan yang tidak matang dan permusuhan yang cuba diwujudkan pihak bertanggungjawab ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Haris, pihaknya berharap individu tidak bertanggungjawab yang melakukan perbuatan melempar cat hitam ke gegantung tersebut dibawa ke muka pengadilan bagi memastikan perkara sama tidak berulang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung melempar cat hitam ke gegantung ucapan Selamat Datang Ke DUN Tanjung Dawai.

“Hasil siasatan awal, kita menemukan kesan cat hitam di bawah papan gegantung. Bagaimanapun, kita tidak menemukan bahan yang digunakan. Malah, gegantung (dilempar cat) tersebut telah tiada dipercayai telah diganti lain,” ujarnya.

Tambahnya, tiada suspek yang ditangkap sehingga kini dan kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 January 2018 9:37 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: