Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Gambar palsu presiden: Pemuda GERAKAN buat laporan polis

25 JAN: Satu laporan polis telah dibuat terhadap beberapa pengguna Facebook selepas gambar palsu yang memaparkan Presiden GERAKAN Datuk Seri Mah Siew Keong mencabul seorang wanita.

Naib Ketua Pemuda GERAKAN Selangor, Ivanpal Singh Grewal memfailkan laporan itu di ibu pejabat polis Dang Wangi semalam.

“Foto itu, mula-mula muncul pada tahun 2014 dan kemudian lesap tetapi kini timbul semula, mungkin kerana pilihan raya umum akan datang.

 

“Ia telah dihantar tiga kali oleh tiga pengguna Facebook – sekali pada Ogos tahun lalu dan dua kali pada tahun ini,” katanya dipetik oleh The Star.

Menggesa polis supaya bertindak, Ivanpal berkata, penyebaran imej palsu itu adalah fitnah jenayah terhadap Siew Keong.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 January 2018 2:08 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: