Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Gangguan 3 hari bagi pengguna komuter

23 NOV: Pengguna komuter sekitar Lembah Klang berhadapan gangguan 36 jam susulan sebuah 12 gerabak tren kargo tergelincir pagi tadi di stesen Bank Negara, Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB).

“Kerja baikpulih sedang giat dijalankan dan dijangka akan mengambil tempoh masa sehingga tiga hari untuk kembali beroperasi seperti biasa,” kata syarikat itu dalam kenyataan di Twitter hari ini.

Pada masa sama, laluan biasa menghubungkan stesen Kuala Lumpur, Bank Negara, Putra dan Segambut ditutup buat sementara.

Justeru, KTMB menyarankan pengguna komuter menggunakan perkhidmatan lain seperti MRT di Sungai Buloh, Kajang, Muzium Negara, Pasar Seni dan LRT dari Subang Jaya.

Berikutan itu perkhidmatan komuter akan beroperasi ke destinasi terhad iaitu Tanjung Malim – Kepong, Pelabuhan Klang – KL Sentral, Tampin, Seremban – KL Sentral dan Batu Caves – Sentul.

“Perkhidmatan bas disediakan dari Sentul – KL Sentral – Sentul,” kata kenyataan itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 November 2017 2:47 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: