Kategori Berita Antarabangsa

Ganja halal di San Francisco

1 FEB: Pihak berkuasa di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) akan melakukan pemutihan salah laku jenayah berkaitan ganja yang berlaku sejak lebih 40 tahun lalu, seminggu selepas kerajaan California menghalalkan pokok herba itu.

Undang-undang menghalalkan ganja untuk tujuan rekreasi bermula awal Januari lalu sekali gus menjadikan negeri itu sebagai pasar ganja halal terbesar dunia.

Memetik laporan The San Francisco Chronicle, langkah itu akan membantu pesalah berkait ganja yang sebelum ini mengganggu prospek kerjaya mereka serta sukar untuk mendapat bantuan kerajaan.

“Walaupun dasar dadah di peringkat persekutuan mengundur ke belakang, kali ini, sekali lagi San Francisco mengambil langkah ke hadapan bagi memperbetulkan kerosakan dan salah faham akibat perang terhadap dadah yang membelenggu negara dan masyarakat khasnya,” kata peguam daerah, George Gascon.

Pejabat peguam daerah akan meneliti 4,940 salah laku jenayah.

Sebelum ini, lapan negeri dalam AS termasuk Colorado dan ibu negara persekutuan, Washington menghalalkan ganja untuk kegunaan rekreasi.

Manakala 30 negeri lain menghalalkan ganja untuk tujuan perubatan.

Bagaimanapun, sesetengah pihak berkuasa negeri lain, masih percaya bahawa penggunaan ganja adalah pintu untuk dadah yang lebih bahaya seperti heroin atau kokain.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 February 2018 3:52 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: