Kategori Berita Utama

Ganti amalan biasa, kata Timbalan Mursyidul Am PAS

8 MEI: Selepas kontroversi rombakan kepimpinan PAS terutama di Selangor, Timbalan Mursyidul Amnya, Datuk Ahmad Yakob menyifatkan ianya adalah amalan biasa.

“Bagi saya apa yang bertukar itu adalah satu usaha yang dibuat oleh pihak tertinggi khusus bagi dilihat oleh parti.

“Ia satu perubahan, saya rasa tidak ada masalah,” katanya pada sebuah portal berita, Isnin.

Menteri Besar Kelantan itu juga berkata perubahan di tiga buah negeri merupakan sebahagian daripada percaturan PAS bagi persiapan pilihanraya umum.

“Kita dalam PAS ambil dasar apa yang dilihat baik oleh pimpinan maka itulah kita ikut.

“Tak berbangkit, bagi saya tiada masalah,” katanya.

Sebelum ini, PAS mengumumkan ADUN Sabak Sallehen Mukhyi mengantikan Naib Presidennya, Datuk Iskandar Abdul Samad   sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu dan Johor diterajui oleh bekas Speaker DUN Terengganu Datuk Husin Awang dan ADUN Puteri Wangsa Abdullah Hussin, menggantikan Ketua Dewan Ulama, Datuk Dr Mahfodz Mohamed serta Saitifu Bahri Mamat.

Manakala bekas Setiausaha Agung parti, Datuk Mustafa Ali digugurkan sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya dan digantikan dengan pakar penerbangan, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Bagaimanapun penganalisis melihat penguguran beberapa individu seperti Iskandar dan Mustafa seolah-olah sebagai usaha menutup terus rundingan kerjasama PAS dengan parti pembangkang lain.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 May 2017 3:24 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: