Kategori Berita Utama

Ganti Menteri Besar Selangor : Anwar akui jumpa Khalid

27 JAN: Ketika kontroversi antara Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Azmin Ali belum selesai dalam isu pengguguran Pengerusi PKR Selangor itu daripada PKNS, timbul cerita baru kononnya Khalid akan melepaskan jawatan Menteri Besar minggu ini.

Sebuah akhbar berbahasa Inggeris memetik sumber Khalid  dipercayai bersetuju untuk meletak jawatan itu dalam masa terdekat.

Abdul Khalid dijangka akan mengumumkan keputusan berkenaan pada Rabu ini, demikian menurut sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR).

anwar3

Anwar dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hadir di Mahkamah Jalan Duta Isnin untuk kes saman terhadap blogger Papagomo – Foto HIL,MI JAAFAR

Mereka berkata, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

Satu pilihan raya kecil dijangka terpaksa diadakan bagi membolehkan Anwar menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor sebelum mengambil alih kedudukan tersebut.

Namun, spekulasi itu dinafikan sendiri oleh Anwar pada Isnin ketika ditanya media sewaktu beliau hadir ke mahkamah perbicaraan kes samannya terhadap blogger Papagomo yang didakwa memfitnahnya.

Menurut Anwar, spekulasi ini sudah berlarutan semenjak 2008 lagi.

Ketika ditanya mengenai pertemuan beliau dengan Khalid pada Ahad malam lalu, Anwar menyatakan ianya pertemuan biasa membincangkan soal Selangor dan Pakatan Rakyat.

“Saya dan Tan Sri berjumpa setiap minggu. Hari Jumaat pun kita berjumpa.

“Perbincangan selalu diadakan. Paling kurang sekali dalam dua minggu tapi selalunya sekali seminggu di pejabat atau di rumah saya atau Tan Sri,” kata Anwar di Mahkamah Jalan Duta, Isnin.

Sementara itu, Setiausaha Agong PKR Datuk Saifuddin Nasution yang ditemui di mahkamah turut menegaskan tiada perubahan jawatan Menteri Besar seperti yang didakwa.

“Tiada apa yang berlaku Rabu ini. Abdul Khalid akan meneruskan kerja sebagai Menteri Besar,” kata beliau ringkas. –bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 January 2014 1:47 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: