Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Gantung The Heat: KDN pandang serius tindakan burukkan kerajaan

30 DIS: Tindakan dan cubaan pihak tertentu yang secara berterusan memburukkan kerajaan susulan penggantungan permit penerbitan akhbar mingguan The Heat tanpa usul periksa adalah tidak wajar dan perkara itu dipandang serius oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan KDN, penggantungan itu hanya bersifat sementara dan selaras dengan prosedur penguatkuasaan permit penerbitan yang ditetapkan mengikut Akta Mesin Cetak dan penerbitan (AMCP) 1984 (Pindaan 2012).

Kenyataan itu seterusnya memaklumkan ketika ini penerbit The Heat telahpun mengemukakan jawapan terhadap surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh KDN.

Surat jawapan berkenaan sedang diteliti dan diberi pertimbangan sewajarnya, jelas KDN lagi.

Permit penerbitan The Heat digantung oleh KDN pada 19 Disember lalu.

Tindakan berkenaan diprotes pelbagai pihak, yang antara lain menyifatkannya sebagai melanggar Artikel 19 Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) 1948.-bnbbc.my

Akhbar Mingguan The Heat

Akhbar Mingguan The Heat yang digantung sementara permit penerbitannya oleh KDN sejak 19 Disember lalu

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 December 2013 11:15 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: