Kategori Berita Antarabangsa

Gara-gara pen, pesawat Air China dilencong

15 APRIL: Pesawat Air China yang dalam perjalanan ke Beijing terpaksa mendarat di Zhengzhou hari ini, selepas seorang penumpang mengancam seorang kru kapal dengan sebatang pen.

Laporan Reuters memetik satu kenyataan Pentadbiran Penerbangan Awam China yang berkata insiden membabitkan seorang penumpang lelaki yang berada di dalam pesawat 1350 Air China.

“Namun tiada penumpang dan anak kapal yang cedera dalam kejadian itu,” kata syarikat itu.

Terdahulu, Air China dalam mesej di akaun Weibo berkata, ia terpaksa dilencongkan atas alasan keselamatan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Zhengzhou Xinzheng di wilayah Hunan pada jam 9.58 pagi (waktu tempatan).

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 April 2018 7:40 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: