Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Garapkan kebersamaan dalam UMNO, kata Zahid

10 MEI: Naib Presiden Kanan UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan sambutan ulang tahun UMNO ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil yang bermula hari ini mampu menunjukkan perpaduan serta dokongan orang Melayu demi perjuangan parti.

Zahid yang sedang menjalankan tugas Timbalan Presiden parti berkata setiap anggota parti perlu menggarapkan ‘rasa kebersamaan’ sempena ulang tahun kelahiran parti keramat itu tepat pada jam 12 tengah malam ini.

“Tujuh dekad memperjuang bangsa. Garapkan perasaan kebersamaan dalam UMNO. ‪Selamat Menyambut Ulang Tahun #UMNO ke-71 #Negaraku,” katanya di  Facebook dan Twitter rasminya, Rabu.

UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 di Istana Besar, Johor Bahru akan menyambut ulang tahun ke-71 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden UMNO akan menyampaikan amanat kepada lebih 100,000 akar umbi dan pimpinan parti itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 May 2017 5:33 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: