Kategori Berita Utama

GAUM: Penjelasan menteri bukan untuk pertahankan Jho Low

6 MAC: Tindakan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Tun Said memberikan penjelasan mengenai kontroversi kapal layar ‘The Equanimity’ yang kini ditahan oleh pihak berkuasa Indonesia bukan bermaksud mempertahankan Low Taek Jho atau dikenali Jho Low.

Sebaliknya, Pengerusi Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM), Datuk Zulkarnain Mahdar berpendapat ia  bagi memperbetulkan tuduhan oleh pihak pembangkang kononnya kapal terbabit dibeli hasil rompakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB)

“Penerangan yang dilakukan oleh Salleh amat tepat kerana tidak ada satu bukti menunjukkan kaitan secara langsung kapal The Equanimity yang didakwa dimiliki Jho Low dengan syarikat berkenaan.

“Selain itu pembangkang turut menjadikan isu penahanan kapal layar itu mempunyai kaitan secara langsung dengan Datuk Seri Najib walhal beliau tidak langsung ada kena mengena dengan 1MDB,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Zulkarnain (foto), Naib Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, Tan Seng Giaw yang juga wakil rakyat DAP pernah mengumumkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh dipertanggungjawabkan diatas kerugian syarikat pelaburan strategik itu.

“Ini secara jelas menunjukkan perdana menteri tidak boleh disabitkan sama sekali dengan kerugian 1MDB.

“Malah pengurusan 1MDB berulang kali menjelaskan tidak mempunyai urusan perniagaan dengan Jho Low dan lebih penting, 1MDB bukanlah pihak yang terbabit dalam saman Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 March 2018 7:52 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: