Kategori Berita Antarabangsa

Geledah cari senjata api jumpa buaya

20 JAN: Polis Russia yang menggeledah rumah seorang suspek dipercayai menyimpan senjata api di barat laut bandar ini terkejut apabila terserempak buaya besar yang menghuni ruang bawah kediaman itu.

Pegawai sedang memeriksa kediaman seorang lelaki disyaki terbabit dalam kes memiliki dan menyeludup senjata haram di Petergorf, pinggiran bandar Saint Petersburg yang terkenal dengan tarikan istananya.

“Ketika berada di ruang bawah tanah rumah itu, pegawai kami menemui seekor buaya,” kata polis dalam satu kenyataan.

“Bagaimanapun, tiada insiden buruk membabitkan reptilia itu berlaku ketika pencarian dilakukan,” kata polis turut memaklumkan perkhidmatan veterinar sedang mencari tempat baru bagi menempatkan haiwan berkenaan.

Gambar dikeluarkan polis menunjukkan haiwan berkenaan tinggal di dalam kolam berlumpur yang cetek dan gelap.

Suhu siang hari sekitar negatif tujuh celsius di Saint Petersburg dianggap bukan iklim sesuai buat haiwan berkenaan.

“Buaya itu sudah tinggal di rumah itu sejak 2005 dan ketika itu ia tidak sebesar sekarang,” beritahu seorang jiran pada stesen televisyen tempatan.

Laman berita tempatan Fontanka melaporkan, spesies buaya Nil itu berukuran kira-kira dua meter dan asalnya dimiliki pengendali kelab belia di bangunan berkenaan.

Polis turut menemui barangan menyerupai peluru yang kemudiannya dihantar untuk analisis sementara suspek berada dalam tahanan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 January 2018 9:41 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: