Kategori Berita Antarabangsa

Gempa bumi di Greece 10 cedera

13 JUN: Sekurang-kurangnya 10 mangsa dilaporkan cedera dalam gempa bumi yang melanda kawasan pesisiran pantai Aegean di barat Turki serta kepulauan Lesbos dan Chios di Greece.

Stesen televisyen Greece, ERT melaporkan semua mangsa yang cedera tinggal di kawasan perkampungan Vrisa di kepulauan Lesbos, selepas beberapa rumah runtuh.

“Puluhan rumah runtuh dan jalan raya di kawasan kampung itu dihalang oleh runtuhan.

“Kami sedang berusaha mengeluarkan seorang mangsa wanita yang terperangkap dalam runtuhan di Vrisa,” kata penyelia perkhidmatan kebakaran wilayah, Marios Apostolides kepada ERT.

Sementara itu, Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, pusat gempa terletak di Laut Aegean, iaitu kira-kira 11 kilometer di selatan Plomari, kawasan perkampungan di selatan pesisiran pantai Lesbos.

USGS turut melaporkan beberapa gempa bumi susulan.

Datuk Bandar Plomari, Manolis Armenakas ketika memaklumkan ERT, berkata pihaknya masih menilai jumlah kerugian akibat gempa bumi itu.

Selain itu, gempa bumi dengan kekuatan 6.3 magnitud itu turut dirasai di daerah Karaburun di wilayah Izmir, di Turki dan di Athens, Greece.

Bagaimanapun, tiada kerosakan dilaporkan berikutan kejadian itu di Turki. – AFP

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 June 2017 10:10 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: