Kategori Berita Antarabangsa

Gempa bumi kuat gegar Bolivia

2 APRIL: Gempa bumi berukuran 6.8 magnitud melanda Bolivia hari ini.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata ia berlaku kira-kira 209 kilometer ke timur laut Tarija.

“Gegaran pada jam 10.04 pagi waktu tempatan itu berada pada kedalaman 557 kilometer,” lapor Reuters.

Bagaimanapun pihak berkuasa negara itu belum mengeluarkan sebarang laporan berkaitan kerosakan dan kecederaan akibat bencana itu.

USGS menganggarkan 39 peratus kebarangkalian berlaku kerosakan serta kematian.

Bolivia pernah dilanda gempa bumi terburuk pada 1994 yang berukuran 8.2 magnitud pada kedalaman 647 kilometer.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 April 2018 11:38 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: