Kategori Berita Antarabangsa

Gempa bumi: Operasi kesan mangsa di Iran diteruskan

14 NOV: Insiden gempa bumi di Iran semalam, mengorbankan sekurang-kurangnya 450 mangsa, ketika ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal menjelang ketibaan musim sejuk.

Pasukan penyelamat kini bertungkus lumus menjalankan operasi mengesan mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan di beberapa bandar dan perkampungan yang terletak di kawasan pergunungan di barat wilayah Kermanshah, di sempadan Iraq.

Menurut stesen televisyen Iran, Press TV melaporkan lebih 450 mangsa terbunuh, manakala 7,000 lagi cedera dalam gempa bumi berukuran 7.3 magnitud itu.

Pihak berkuasa tempatan meramalkan jumlah kematian bakal meningkat memandangkan pasukan mencari dan menyelamat sudah berjaya sampai ke kawasan terpencil yang dilanda gempa bumi itu.

Gempa bumi berkenaan turut dirasai di 14 wilayah lain di Iran, yang turut menyebabkan kejadian tanah runtuh hingga menyukarkan operasi mencari dan menyelamat, kata media Iran

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 November 2017 10:22 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: