Kategori Berita Antarabangsa

Gempa bumi Papua New Guinea, 18 maut

7 MAC: Sekurang-kurangnya 18 orang maut selepas satu gempa bumi berukuran 6.7 skala Richter menggegarkan kawasan pergunungan di Southern Highlands, Papua New Guinea, awal pagi ini.

Gempa tersebut berlaku sembilan hari selepas kira-kira 55 penduduk terkorban akibat gempa bumi kuat berukuran 7.5 skala Richter melanda negara ini.

Jurucakap wilayah Hela, William Bando berkata, kawasan Hides merupakan bahagian paling teruk terjejas akinat gempa tersebut.

“Kami belum menerima sebarang laporan di kawasan itu namun Hides merupakan kawasan perkampungan yang besar,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 March 2018 10:01 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: