Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Gempa kuat di Jawa: Tiada rakyat Malaysia cedera

17 DIS: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia tercedera atau terkorban dalam bencana gempa bumi berukuran 7.3 pada skala Richter yang melanda selatan Kepulauan Jawa, Indonesia pada Jumaat.

Gempa bumi itu dilaporkan berlaku pada 11.47 malam waktu tempatan.

Menurut kenyataan Wisma Putra hari ini, terdapat laporan kematian dan kecederaan membabitkan rakyat tempatan serta kerosakan akibat bencana itu.

Warga Malaysia yang terjejas susulan gempa bumi itu dan memerlukan bantuan konsular dinasihatkan berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Ia boleh dihubungi di talian +62 215 224 947 atau +62 813 808 130 36 (selepas waktu pejabat) atau e-mel kepada mwjakarta@kln.gov.my.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 December 2017 1:16 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: