Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Gempar mayat siap kafan ditinggal tepi jalan di Bukit Minyak

26 Feb: Keadaan di Bukit Minyak, Bukit Mertajam di Seberang Perai, Pulau Pinang gempar hari ini dengan penemuan mayat yang siap dikafankan terkujur di tepi jalan.

Mayat berkenaan ditemui oleh orang ramai yang melalui Jalan Perusahaan 2, Bukit Minyak kira-kira jam 8.45 pagi Rabu yang bertindak melaporkannya kepada pihak polis.

Mayat lelaki yang siap dikafan terbujur di tepi jalan di Bukit Minyak.

Mayat lelaki yang siap dikafan terbujur di tepi jalan di Bukit Minyak.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Azman Abdul Lah berkata, siasatan awal mendapati ia adalah mayat seorang lelaki dipercayai warga asing yang dibungkus dalam kain cadar berwarna putih seperti kain kafan dan ditinggalkan di tepi jalan.

“Keadaan mayat seperti sudah dikafan…ia masih dalam keadaan sempurna, tidak berpakaian dan mulutnya berbuih. Kita percaya mungkin lelaki itu baru mati,” kata Azman.

Beliau tidak menolak kemungkinan lelaki berkenaan mati di tempat lain sebelum mayatnya dibungkus lalu diletakkan di kawasan berkenaan.

“Tiada sebarang kesan kecederaan di badan mayat dan tiada unsur jenayah. Kes disiasat sebagai mati mengejut bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Tiada sebarang dokumen ditemui bersama mayat berkenaan yang kemudiannya dihantar ke hospital untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian mangsa.

Ada kemungkinan lelaki terbabit tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah yang menyukarkan mayatnya diuruskan sama ada untuk penghantaran pulang mahupun bagi mendapatkan permit pengebumian, lantas jalan mudah diambil dengan meninggalkan mayatnya di tepi jalan.-bnbbc.my

mayat1

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 February 2014 5:51 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: