Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Generasi muda perlu sedar Kelantan dipencilkan zaman Dr.Mahathir

12 FEB: Sejarah pembangunan Kelantan yang dipencilkan kerajaan pusat pada zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu dikaji golongan muda di negara ini.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Riduan Mohd. Nor berkata, Kelantan dipencilkan kerana Menteri Besar pada waktu itu, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempunyai iltizam tinggi untuk menegakkan syiar Islam.

Katanya, rakyat Kelantan juga didera kerana menyokong PAS dan meletakkan Allahyarham sebagai pemimpin utama kerajaan negeri yang dimiliki orang Melayu.

“Kelantan menjadi kampus politik terbuka dan negeri yang menjadi tadahan wahyu dengan erti kata lain, merealisasikan suruhan al-Quran dan mencegah kemungkaran dengan bidang kuasa yang dimiliki oleh Allahyarham dan juga kerajaan negeri,” katanya seperti yang dipetik dalam http://www.harakahdaily.net, hari ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 February 2018 6:11 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: